twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

AWAS...0148421005 tipu

Baru-baru ini saya mendapat SMS daripada nombor 0148421005, bertanyakan tentang cara untuk mendaftar sebagai ahli prepaid mastereload.com. SMS dihantar  seawal jam 5 pagi. Selepas membaca SMS itu, saya terus membalas serta beritahu cara untuk mendaftar.

Selepas saya membalas SMS itu, saya terima lagi SMS yang bertalu2 minta saya daftarkan dia sebagai ahli. Katanya dah bank in duit ke dalam akaun saya. Saya minta dia tunggu sehingga jam 9 pagi sebab time tu saya agak sibuk menguruskan anak untuk hantar ke sekolah. Nampaknya dia tak faham bahasa, dia hantar lagi SMS minta saya daftar segera, dan katanya jika tak boleh daftar, minta top up dulu 20. Banyak SMS dihantar, saya tak layan.

Bila ada masa free sikit, saya buka internet check akaun bank, nak confirm sama ada betul atau tidak dia bank in. Hah. Tak ada. Saya fikir positif, mungkin dia bank in menggunakan interbank. Biasanya cara ni 3 hari baru dapat. Saya SMS tanya bagaimana dia bank in. Katanya pakai bank islam. Ok. Kemudian saya suruh dia email bukti pembayaran, lepas dapat baru saya register. Lepas tu dia balas SMS, katanya tengahari baru dia boleh hantar email sebab masa tu dia kat tempat kerja.
Itulah last SMS saya dapat drp dia, sampailah sekarang. Saya SMS dia tanya, bila mau email. Sampai sudah senyap. So, saya syak, ini orang mau tipu.
Jadi, kepada yang ada dapat SMS drp no 0148421005, sila berhati-hati.

6 comments:

Sumijelly said...

hari ni 24.01.2011 sy baru jer dpt SMS dr malaun ni mintak top up.. sebaik saya google dulu.. walaupun RM10 tp ia tetap duit jugak, baik sy guna RM10 banjer anak dr bg top up kat penipu...

sehingga sekarang org tu masih lagi teruskan opersi dia...

http://sumijelly.com

Saiful aka Networkbiz said...

Nasib baik sy tak t'kena...kol 5.30 pg tadi die msg nak topup 10 ringgit.

regard,
Raja Topup
http://www.rajatopup.com

Anonymous said...

wah.. saya pun dapat sms dia tgh mlm tadi mntk topup.. tapi saya tak layan.. pagi td terus sms admin tanyakan number ni, then admin cakap itu penipu.. nasib baik tak terkena...

osom said...

saya juga hampir terkena..
mula2 no 014-8087536 minta saya daftar kan dia. katanya sudah bankin duit guna maybank nasib baik terfikir untuk google search...

kemudian datang satu lagi no 0148421005 -sama seperti di atas berlagak seperti kawan saya.. bila tanya siapa nama, dia tak jawab. terus saya google.. rupa-rupanya penipu juga.. dunia.. dunia..

regards,


tarmizi

http://topupmoney.co.cc

Anonymous said...

Lain2 no. yang menipu (geng yang sama): 0137588353,0139585567,0199240623,0139080870,0199988254,0134924115,01119294430,0148421005 Tolong Sebarkan. Kalau ada maklumat , sila kongsi

shah firz said...

ade lg satu nombor yg baru diorang gunakan 0199960761

Post a Comment